KISAH SITI AISYAH R.A

$7.90

KISAH SITI AISYAH R.A
PENULIS ABU ‘UBAIDILLAH SYARIFF
NO ISBN 9789832087748
MUKASURAT 183 (KULIT NIPIS)
SAIZ 5 1/2 X 8 1/2
BERAT 216 g
Category:

SINOPSIS

Buku ini memaparkan riwayat hidup secara terperinci Siti Aisyah binti Abu Bakar, satu-satunya isteri Nabi SAW yang berstatus gadis ketika dinikahi oleh baginda. Juga anak kandung sahabat yang paling dikasihi dan dicintai oleh baginda, iaitu Abu Bakar As-Siddiq.

Di bahagian awal buku ini dijelaskan asal-usul dan keturunan Siti Aisyah. Kemudia diikuti pula dengan masa kecilnya dalam didikan ibu bapa yang paling dipercayai Nabi SAW iaitu pasangan lelaki yang sangat jujur dan wanita yang amat anggun, Abu Bakar dan Ummu Rumman.

Masa remaja Siti Aisyah r.a sebenarnya tidak seperti gadis-gadis lain. Kerana beliau sudah dipersunting baginda lebih awal lagi. Pada usia yang muda Siti Aisyah sudah menjadi isteri dan surirumah manusia yang paling mulia dan ikutan umat Islam.

Di antara sifat-sifat yang paling menonjol pada diri Siti Aisyah ialah kecerdikan dan kecerdasannya. Kerana dalam usia muda lagi beliau sedah menjadi wanita yang paling tinggi keilmuan dan pengetahuannya dalam ilmu-ilmu Islam. Dan hal ini terbukti dengan kekerapan para sahabat yang lelaki bertanya kepada beliau jika ada kemusykilan dalam soal agama.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh setiap muslim yang ingin mengenal setiap aspek peribadi Siti Aisyah binti Abu Bakar, Ibu sekalian orang beriman, terlebih-lebih lagi kaum wanita dan para isteri yang ingin menjadi wanita teladan dalam kemuliaan.

Colour

Green, Yellow

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KISAH SITI AISYAH R.A”

Your email address will not be published.