Cara Merawat Penyakit Sihir & Ayat-Ayat Ruqyah

$17.90

NO ISBN 9789675047657
MUKA SURAT 352 (KULIT TEBAL)
SAIZ 5 ½ X 8 ½
BERAT 482g

Category:

Cara merawat penyakit sihir & ayat-ayat Ruqyah / Abu al-‘Aliyah Muhammad bin Yusof al-Jaurani ; penterjemah, H. Muhammad Zuhirsyam.

SINOPSIS:

Fenomena kerasukan jin dan sebagainya ini pantas untuk dikaji kerana bukan satu atau dua orang sahaja, tetapi mereka muncul dalam komuniti yang tidak sedikit di pelbagai belahan dunia Islam. Menjadikan perubatan itu sebagai sumber pencarian, penimbunan harta benda dari semua kalangan, dan khususnya dari mereka yang lurus, sederhana dan tidak tahu apa-apa.

Menjadikan Kitabullah al-Quran sebagai sumber kesempatan untuk mendapatkan kekayaan dari bayaran yang dipungut dari orang-orang miskin. Tidak jarang dan tidak sedikit kita mendapati kejadian dan peristiwa kesedihan, kekerasan menimpa perempuan dan berkhalwat oleh sebahagian orang-orang yang mengaku dapat mengubati dengan merukyah dari gangguan sihir, jin, mata dan sebagainya. Ada juga kejadian tragis yang mengaku dapat mengubati dan mengeluarkan jin dari tubuh orang.

Ini adalah sehingga terdapat korban perempuan yang mati tercekik dengan alasan mengeluarkan jin dari tubuh si perempuan. Dalam kejadian lain, korban sebagai pesakit tersebut mengalami cacat disebabkan kerana dipukul oleh seseorang yang mengaku hendak mengeluarkan jin dari tubuh korban. Mengaku mengeluarkan jin dengan memukul tongkat keras kepada jin itu sampai keluar?!! Beginilah pelbagai tragedi dan peristiwa yang terjadi. Cukup disayangkan. Bahkan fenomena ini tidak menjadi hal yang biasa malah banyak tersebar di pelbagai belahan dunia.

Sebagai benteng diri seorang muslim cukup dengan membaca ayat Kursi setiap hari dan berta’awudz atau pun doa-doa atau zikir-zikir yang diajarkan Islam, menjadikan bacaan tersebut sebagai benteng diri.

Cara Merawat Penyakit Sihir & Ayat-Ayat Ruqyah
PENULIS Abu Al-‘Aliyah Muhammad Bin Yusuf Al-Jaurani

 

Colour

Green, Yellow

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cara Merawat Penyakit Sihir & Ayat-Ayat Ruqyah”

Your email address will not be published.